Wednesday 19 February 2014

Empat

Assalamualaikum,

   Pertama sekali, aku nak tanya kepada pakwe yang dah ada makwe. Engko suka makwe engko sebab apa? Heh gua tahu engko orang semua suka sangat bagi jawapan klise. Jawapan skrip drama. Tapi tak apalah, pendapat je kan? Harus diterima sebaiknya ye dak?

   Aku sebagai lelaki yang ada ilmu walaupun tak banyak selalu berpandukan kepada empat kriteria untuk mencari isteri. Agama. Kecantikan. Kekayaan. Keturunan. Ajaran Islam pun mengesyorkan kita menggunakan kriteria ini. Nanti tak adalah engko garu kepala nak cari isteri macam mana. Bukan nak cerewetlah tapi ini benda penting kot. Okay kita kembangkan empat kriteria ini satu persatu.

(i) Agama.

Ini yang paling penting. Aku bukan suruh engko orang cari ustazah ke, hafizah ke, itu ke, ini ke. Atleast dia tahu hukum hakam agama dan solatnya terjaga pun dah kira okay. Tapi zaman sekarang ni.. err. Jadi ada juga lelaki yang tak kisah pasal agama dia. Maksud aku, solat, puasa, amal ibadat etc. Ada yang kata dia lepas kahwin nak bimbing bakal isteri dia jadi lebih baik. Hm baguslah. Engko dapat pahala, si dia dapat hidayah. Alhamdulillah. Tapi kalau engko pun terjal juga. Emm k.

(ii) Kecantikan

Kecantikan. Lelaki ni kalau tak pilih yang lawa tak sah. Kalau dia pilih tak lawa mesti macam tergugat sikit iman dia bila terjumpa yang lawa. Jadi aku sarankan pilih yang ada kecantikan walupun sedikit. Moga engko puas hati walaupun kecantikan ni subjektif dan akan hilang bila kena simbah asid. Kakaka jahatnya gua. Sekarang pun ada yang tak nampak cantik sangat pun boleh cantik. Asalkan pandai bergaya dan ada personaliti menarik. Konfem gua cakap ada je mamat yang sangkut kat lu. Kahkah.

(iii) Kekayaan

Okay macam ini, bila bakal isteri engkau tu kaya, gerenti kau pun masyuk. Iyelah berkongsi itu kan kasih sayang. Tak sayang memang tak kongsi lah. Jangan kongsi laki sudah. Bila isteri kau kaya, kau pun boleh tumpang senang. Tapi zaman sekarang ni dah lain dah. Suami kaya, isteri duk rumah makan kerepek tengok WHI. Biasanya susah nak dapat bini kaya kalau bakal suaminya just kerja biasa je. Tapi kalau dah jodoh macamtu.. terima jelah ye ;)

(iv) Keturunan

Okay last kopek, keturunan. Ada yang ingat bila sebut pasal keturunan ni dia orang ingat pasal zuriat or anak. Boleh diterimalah. Sebab Islam menggalakan lelaki mencari isteri yang senang beranak. Selain itu, keturunan ini juga boleh merujuk kepada hierarki keluarga. Contohnya, keluarga Syed/Sharifah/Sheikh. Ini yang aku selalu nampak. Bila ada Syed ni nak kahwin, mesti pilih Sharifah. Sebab nak jaga keturunan. Aku tak kata tak boleh, tapi kadang ikut sangat pasal nak jaga salasilah keluarga ni pun tak best jugak. Tak banyak pilihan. Ye dak? Asalkan latarbelakang keluarga tu okay, keluarga ni baik sudah cukup bagus.

Konklusinya, patuhi empat kriteria ni InsyaAllah hidup berumahtangga engko bahagia. Chalo betey!

Friday 20 September 2013

Ummi, Aku Tidak Mahu Derhaka Namun...

1960'an. Imran merupakan satu-satunya anak lelaki daripada tujuh orang anak dalam keluarga Syed al-Attas. Paling muda dalam keluarganya, paling dikasihi oleh ibunya, Sharifah Amina. Sharifah Amina merupakan seorang ibu yang sangat tegas, tiada kompromi dan terlalu menitikberatkan hal keluarganya terutama selepas pemergian suaminya menghadap Illahi.Walaupun garang, Sharifah Amina sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak lelakinya itu; pelajaran, pakaian, adab yang baik dan akhirnya membesar menjadi seorang lelaki yang sempurna sifatnya.

Kini Imran sudah berusia 25 tahun, mempunyai kerjaya yang bagus dan ekonomi yang kukuh, maka dengan itu sudah tiba masanya dia untuk mencari pasangan sehidup semati, pasangan suka dan duka, seorang isteri. Imran sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya, dia matang orangnya dan digilai ramai wanita. Jadi, ibunya, Sharifah Amina menyangka dia sudah ada calon yang bagus untuk dijadikan seorang isteri.

"Ummi, Imran ada kenal dengan seorang kawan perempuan ni."

"Bagus! Siapa namanya, Imran?"

"Namanya Aishah, ummi.."

"Aishah? Aishah Binti?"      

"Aishah Binti Sharif, ummi."

"Hmm.Okey. Kawan je kan? Ummi rasa macam itulah, harap tak ada pendam perasaan kat dia."

Ibunya terus mendiamkan diri selepas itu, mungkin ibunya tidak mengenali wanita itu maka ibunya tidak berminat untuk mengetahui sesuatu yang lebih tentangnya.

Selepas itu, Imran acap kali berbicara tentang wanita bernama Aishah itu sahaja di hadapan ibunya.

"Ummi, tengok baju ini! Cantik kan? Ini lah baju kurung hasil jahitan Aishah. Dia pandai menjahit orangnya."

"Ummi, Hajah Zahara terjumpa saya dengan Aishah, dia siap puji lagi kelakuan Aishah yang sopan itu."

"Ummi, Aishah sekarang kerja part-time jadi babysitter. Pandai kan dia jaga anak?"

"Ummi, ni kari ikan hasil air tangan Aishah, sedap kan ummi?"


Setiap hari tanpa henti Imran menyebut nama Aishah di depan ibunya dan memuji kelebihan Aishah supaya ibunya tertarik untuk mengetahui siapakan Aishah di mata Imran. Dan ibunya masih lagi tidak ambil peduli tentang Aishah itu. Membalas kata-kata Imran pun tidak. Sehinggalah suatu ketika ibunya menyebut nama Aishah...

"Imran, apa yang bagus sangat pasal si Aishah tu?"

"Ummi tahu tak. Aishah tu baik orangnya, dahlah cantik, bersopan santun, pandai masak pulak tu!"

"Macam mana dengan Sharifah Hazurah? Anak perempuan keluarga Syed al-Farisi? Dia pun okay orangnya."

"Tapi ummi, Imran tak suka kat Hazurah, dia dah macam adik pada mata Imran, tak mungkinlah Imran dengan Hazurah tu."

"Tapi kan cinta itu kan boleh dibina, keturunan dan darjat tidak."

Imran terkilan dengan jawapan ibunya itu. Dia cuba untuk memahaminya dengan lebih mendalam. Padanya, Aishahlah segalanya. Imran terus bekerja dan bekerja demi menyimpan wang untuk majlis pernikahannya nanti. Hingga selepas enam bulan seterusnya...

Hari itu sayyidul ayyam. Penghulu segala hari. Hari Jumaat yang mulia. Ketika itu solat Jumaat masih belum dilaksanakan lagi. Imran pada masa itu berpakaian agak luar biasa, bersongkok 4 inci setengah, berbaju melayu, bersamping, segak orangnya.

"Ummi?"

"Ya, anakku?"

"Hari ini Imran nak ummi temankan Imran lepas solat Jumaat. Ada urusan yang perlu kita selesaikan."

"Patutlah hari ini Imran pakai lawa-lawa ye? Nak kemana tu Imran?"

"Bertemu Aishah, kita akan merisik dia."

Lantas ibunya bangun dari kerusinya.

"APA IMRAN CAKAP? MERISIK?"

"Ya, merisik, ummi. Imran nak Aishah jadi isteri Imran yang halal."

"Kau ni dah hilang akal ke apa? Kau tak boleh kahwin dengan dia. Bukan dengan Aishah!"

"Tapi kenapa ummi? Aishah baik orangnya, cantik, pandai masak, sopan santun..."

"Tapi dia bukan berketurunan Sharifah!"

"Ya, itu Imran tahu! Tapi itu kan cuma sebuah gelaran sahaja. Tak semua orang ada gelaran itu."

"Itulah sebabnya, bukan SEMUA orang boleh kahwin dengan keturunan kita ni!."

"Ummi, itu cuma gelaran sahaja."

"Tidak, gelaran itu bukan sekadar gelaran sahaja. Ia adalah darjat, reputasi keturunan kita! Suatu perbezaan, sebuah hak! Pewaris keturunan Syed al-Attas mesti mengikuti hiraerki keluarga yang betul, kahwin dengan keturunan yang sama darjatnya! Bukannya kahwin dengan orang entah dari ceruk mana datangnya.."

"Ummi, dalam Islam tidak ada sebarang perbezaan dari segi bangsa mahupun warna kulit. Yang berbeza cuma keimanan dan ketakwaan kepada Allah!"

"Tetapi dalam Islam juga ada segi-segi dalam memilih seorang isteri. AGAMA, KECANTIKAN, KEMEWAHAN dan tentu sekali KETURUNAN. Keturunan kita ini adalah keturunan yang terpilih!"

"Ummi? Tak boleh ke kita pecahkan tradisi ini? Ia sangat menyerabutkan!"

"Tak boleh! Syed dengan Sharifah! Sharifah dengan Syed! Permulaannya seperti itu dan pengakhirannya juga seperti itu. Tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain."

"Imran cintakan Aishah, dan Imran akan kahwini dia!"

"SYED IMRAN AL-ATTAS!"

"Kalau kau kahwini perempuan itu, kau anak derhaka!"

Imran yang ketika itu sedang menuju ke pintu rumah tersentak mendengar kata-kata ibunya itu lalu memberhentikan langkahnya. Dia terdiam. Kaku seperti tunggul kayu. Ruang tamu yang gegak gempita itu secara tiba-tiba menjadi sunyi. Imran menoleh kembali melihat wajah ibunya. Dan memulangkan kembali langkahnya ke ibunya itu.

"Ummi, Imran tak mahu jadi anak derhaka, Imran takut balasan Allah kepada Imran kalau derhaka."

Ibunya terus tersenyum.

"Tetapi Imran tak akan kahwin dengan mana-mana wanita pun selepas ini, untuk selama-lamanya.."

Imran mengambil songkoknya di atas meja lalu dipakainya ke kepala dan terus pergi ke masjid meninggalkan ibunya yang terdiam mendengar kenyataan terakhir anaknya itu.




                                           

Thursday 12 September 2013

Surat Untuk Bakal Bekas Kekasih

Assalamualaikum,
Hai awak!
Tengah buat apa tu?
Dah makan?
How's your day? Okay ke tak?
Kalau semua okay, Alhamdulillah.

Awak,
Ketika ini kita bagaikan sepasang merpati 

yang terbang bersama,mungkin suatu masa ada antara kita 
akan patah sayap dan jatuh bergelandangan,
Maksud saya, mungkin kita berdua ini tiada jodoh lah,
Maka itulah tujuan saya tulis surat ini, sebagai penguat semangat,
Saya saja je tulis surat ini dalam bentuk entri, awak tak boleh bakar dan tak ingat.

Awak,
Awan putih bisa menjadi mendung,
Orang gembira boleh jadi murung,
Begitu juga hati dan perasaan,
Mana tahu suatu masa perasaan ini lenyap secara tiba-tiba,
Tapi janganlah anggap ia suatu bala.

Percayalah, ini semua kehendak Tuhan.

Ketentuan Tuhan kita tidak boleh bantah, protes mahupun bangkang.
Dan awak janganlah terus jadi berwajah garang.

Apa yang sudah berlaku, biarlah ia berlaku,
Gapailah masa depan dengan erat,
jika terlepas, refresh semula entri ini dan baca dari perenggan pertama
Nescaya tanpa saya, awak boleh jadi kuat.

Awak,
Saya harap awak boleh neutralkan diri awak tanpa saya,
biasakan diri tanpa text sweet sweet dari saya tengah malam buta,
hapuskan gema suara saya ketika otp malam buta.

Saya sedar, kita dibutakan oleh cinta.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
Mungkin imagin raut wajah comel awak tidak cukup,
Mungkin terdengar kelunakan suara lembut awak dalam telefon tidak cukup,
Mungkin mengigau pasal awak pun tidak cukup.
Mungkin apa yang dilihat cukup dirasakan tidak cukup.

Pandai juga saya bermadah ya?
Terasa diri saya begitu genius.

Awak,
Jika kisah kita berdua ini berakhir,
dan saya ini macam tak ambil peduli pasal awak,
percayalah, saya peduli,
Apa orang lain kata, saya tak ambil peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu emosi dan peribadi,
tidak mahu menunggu,

Cukup sekadar awak bahagia dan happy.

Bercinta ini perlu seri,
Bukannya hamun memaki,
Perlu terang dan mengukir memori.

Seandainya saya tak mampu miliki awak,
maka saya terima kelemahan pada diri saya,
Seandainya awak tak mampu miliki saya,
Apa boleh buat, awak dah sia-siakan saya macam tu je.

Kalakian, mata saya berkaca,
rasa bagaikan air yang melimpah di tebing tasik,
biasalah lelaki, bab cover perasaan ni memang power.

Pada saya, kalau awak bahagia, saya pun bahagia,
Jika pada realitinya bahagia itu bukan bersama saya,
Tapi saya tetap bahagia melihat awak bahagia,
Rabak itu tidak dinafikan, sikit,

cuma kena jahit balik sikit demi sedikit.

Awak,
Sudahlah,
kesat air mata awak dan terus bangun dari mimpi,
lihat ke hadapan dan tetapkan matlamat diri,
gerenti awak tak pisang hakiki.

Akhir kata, selamat maju jaya ujar saya secara lantang,
Semoga cinta itu ada ruang,
semoga cinta itu ada peluang,

andai semuanya dibuang,
Jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang buat kekasih yang dulunya manis kini menjadi ikan kerisi 3 rasa.


*Surat ini sah jika saya ada kekasih dan status awak sekarang jadi bekas kekasih lah. Kalau tidak, anggaplah saya menaip secara separa sedar. Kekeke


Diadaptasi dari entri Brader Leplep dalam blog Terfaktab. 2013




Saturday 29 June 2013

kembalikan tahun 2011 aku

Assalamualaikum.

Dah lama aku tak update blog ni. Nak masuk 6 bulan jugak ni. Hahaha. Sekarang baru rindukan blog sendiri. Fuhh Fuhhh *tiup habuk*

Aku nak mulakan pun tak tahu lah sebab title post ni pun aku nak describe pun agak susah. Tak apa lah. Kita mula sikit demi sikit.

Tahun 2011 hingga Tahun 2013. Satu jangka masa yang agak lama. Macam macam dah terjadi ketika itu.

Sejujurnya, aku nakkan kembali diri aku ketika aku berusia 15 tahun pada tahun 2011 itu. Aku mahukan diri aku ketika itu pada saat ini. Diri aku yang sekarang ini sangat mendukacitakan. Pada aku lah. Mungkin pada pandangan kasar orang tak kot.

Diri aku ketika 2011 amat lurus, naif dan sedikit skema budaknya. Budak baik orang kata kan. Ada BFF. Masa tu aku tak pernah bercinta lagi. Masa tu just minat senyap senyap jelah. Kihkihkih noty betul aku ni. Bab study pulak sempoi je tapi tahap pengisian ilmu tu memang optimum. Homework tak pernah lupa buat, kadang kadang je malas nak buat tinggalkan kosong. hehehe.

Okay aku dah hairan dah dengan cara penulisan aku. Sebenarnya aku harap aku dapat balik ke masa-masa genting yang memerlukan aku membuat keputusan yang tepat dan terbaik untuk aku. Aku sedar selama ni aku banyak buat silap. Sekarang ni aku suka compare diri aku masa form 3 dengan form 5. Yelah, masa form 3 tu aku dapat result PMR cantik je A dia, masa form 5 ni struggle gila nak dapat A- . Jadi aku gunakan form 3 sebagai satu medium untuk aku memotivasikan diri aku sendiri. Engko orang ingat aku ni tak risau ke pasal SPM? Pehh risau wehhh.

Hmm, mungkin kalau aku tak mengenali apa itu cinta dari awal dulu kan bagus? Terkadang aku lihat kawan-kawan aku yang single-mingle tu relaks je hidup. Happy go lucky. But for couples, always sad, sometimes happy, sometimes moody or crazy. Hahhhh *sigh*

Mulai dari saat ini, aku akan lupakan erti cinta makwe dan tumpukan pada SPM sahaja. Pengetua kata, buang couple tu dulu. Jangan kerana couple, SPM hancur berderai.Aku takut ilmu aku tak berkat kerana couple. Aku dah mula rasa gundah gelisah. Engko cuba fikir, SPM tu lah penentu masa depan. Kalau hancur kat situ, memang kau hidup...hmm entahh lah. Aku taknak kecewakan mak bapak aku. Jodoh tu belum tentu betul ke tidak. Kalau SPM aku teruk, nanti tak dapat masuk IPT, pastu kerja yang gaji sikit, pastu tak dapat tanggung family. Haa, kan susah tu.

Jadi aku dah buat keputusan. Segala kesilapan yang aku dah buat akan aku perbetulkan sebab aku tahu tindakan aku ini akan dapat beri kebaikan kepada semua orang. Itu sahaja. Aku sekarang ni lebih sayangkan SPM aku daripada perkara yang boleh buat SPM aku hancur.

Untuk si dia, maafkan saya. Saya sedar, masih jauh lagi ranjau kehidupan kita. Belum masanya lagi. Saya tahu saya dah hampakan awak. Tapi saya juga taknak hampakan diri saya kerana awak. Biarlah kita kehilangan, daripada merasai kekesalan sepanjang hidup.

Assalamualaikum.



Sunday 27 January 2013

Warkah untukmu, Alang...

Assalamualaikum, kali ini aku nak up entri pasal sahabat aku. Mohd Farhan Ramli atau aku selalu panggil dia, Alang. Sebelum tu, mari kita sedekahkan Al-Fatihah buat Alang.. Semoga roh arwah tenang disisi Nya dan dicucuri rahmat serta sejahtera hendaknya.

Alang.. sebelum ni aku memang tak rapat sangat dengan kau, tapi masa kita form 3 aku dapat rasakan apa itu erti persahabatan. Ketawa bersama susah pun bersama. Banyak kenangan yang aku tak dapat lupakan sampai ke hari ini. Kau faham perangai aku, aku layan otak kau, kau pun layan perangai pelik aku. Kita ni dah macam adik beradik walaupun jumpa kat sekolah je. Kau lah satu-satunya teman rapat aku yang aku pun tak faham kenapa boleh layan baik kaw-kaw. Mungkin attitude kita ni sama kot. Ketawa bila nak ketawa, serius tak kira masa. Hehehe.. 

Alang.. Tahun lepas aku struggle gila dengan form 4. Memang mencabar habis. Subjek baru semuanya buat otak aku mereng. Kalau kau belajar rasanya kau pun boleh ikut mereng dengan aku sekali..hahaha. Tapi kan Alang, aku masa awal tahun memang tunggu kau datang sekolah. Aku memang dah plan kalau kau satu kelas dengan aku, aku nak kau duduk sebelah aku. Mesti best kan? Boleh kita berbual pasal Edisi Khas. Hahaha. Teringat masa form 3, masa tu kita lepak kat belakang surau sekolah waktu pagi, kau dengan aku selalu berbual cerita pasal Edisi Khas kat TV3 tu, kau ingat tak pasal tagline Abang Saleng? "Tapi Sayangggggg~" Hahaha itu yang tak boleh belah sampai ada satu hari tu, kita berdua kenakan Aizat. Bila dia sebut je "Tapi", kita sebut "Tapi Sayangggg~" Hahaha memang pecah perut masa tu. Lagi satu kau paling suka masa part Munir berjoget kena buli dengan Azlee dan Ah Chong. "Senyum.. Aku dah kena buli, Senyum..." Hahahaha. Lawak gila.

Alang.. Kalau kau ada sekarang ni mesti kau dah bangga dengan aku. Aku ingat lagi janji aku kat kau. Ingat tak masa kita form 3 lepas kem KRS kat Kota Tinggi tu, aku ada cakap kat kau yang kalau kau masih stay kat Impian Emas, aku join kawad kaki KRS dengan kau. Tahun lepas aku dah tunaikan janji itu walaupun kau dah tak ada sebagai tanda penghormatan untuk sahabat yang aku kasihi. Tahun ni aku jadi ketua Platun, memang tugasnya agak berat tapi aku jadikan kau sebagai inspirasi aku. Kau kan dari form 2 join kawad kaki, kalau kau ada mesti kau dah jadi senior. Aku ni semi-senior je. Hehehe.

Alang.. Serius aku rindu sangat dengan kau. Rindu nak layan kepala otak kau yang gila-gila tu. Aku masih ingat waktu kita pergi library time rehat. Lepak sambil makan roti ikan bilis.. Pehh syok woo. Pastu masa PJ kita berebut posisi penjaga gol. Itu yang paling takleh blah. Kadang aku mengalah je dengan kau walaupun geram betei masa tu. Hihihi. Pasal 6A2B pulak.. Kau yang paling steady pernah aku jumpa. Serius aku terkejut tengok result PMR kau walaupun masa kau form 3 kau sibuk dengan kawad kaki je. Power siot.. Aku yang tak join kawad pun dapat result sama macam kau tapi kira okaylah. Alhamdulillah..



Alang.. aku harap kau kat atas Sana kau tak lupakan aku lah ye. Walaupun kau dah tak ada tapi segala kenangan kau dengan aku memang aku tak lupakan sampai bila-bila. Susah nak cari sahabat yang betul-betul okay dengan aku. Susah juga nak cari sahabat macam kau, Alang.. Hari ini 27hb Januari 2013 genap setahun kau pergi tinggalkan aku dengan kawan-kawan yang lain. Sememangnya Allah s.w.t sayang sangat kat kau sebab tu Dia ambil kau dulu. Aku memang rasa sedih. Inilah kali pertama aku rasa kehilangan seseorang yang rapat bebenor dengan aku. Aku doakan kau semoga kau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman lagi beramal soleh serta dicucuri rahmat dan sejahtera.. Aamin.. 

P kirim salam S: Al-Fatihah buat arwah...

Saturday 26 January 2013

Perubahan

Apa sudah jadi? Sampai sekarang tak mandi lagi. K tetiba. Okay gua tak tahu nak mulakan ayat sebab gua ni pesen lambat muntahkan idea. Okay. Ermm. Errr. Urgh.

Perubahan. Harini, malam ni, jam ni, minit ni, saat ni gua nak cerita pasal perubahan. Dari aspek kemanusiaan perubahan berkait rapat dengan fizikal mental dan emosi. Tudiaa gua dah cakap serupa penceramah kat tivi pepagi. Kakaka. K gua sekarang ni dah perasan yang gua dah berubah. Tak percaya? Bagus.

Fizikal. "Eh muke qurnia dah nampak misai lah!" Kata jiranku yang masih hingusan lagi. Peduli hape gua. Tapi kadang bila gua sedang berasmara dengan cermin bilik memang gua nampak ada misai. Tapi masih di tahap awal lagi. Bukannya sepesen gaya Sarjan Saji tuu. Gua pun takut tengok. Kadang terkeluar mentol idea dimana gua nak cukur misai gua ni stail Aizat masa menang AJL. Perghhh pastu pegang mug merah perghhh pastu pakai tuxedo perghhh pastu  buat rambut... K STOP. And then, *amboi speaking london terus* minggu ni gua kena tegur dengan sifu (baca:cikgu) gua. Engko orang nak tahu sifu gua cakap apa? 

"Eh Qurnia, kenapa makin lama makin lain saya tengok muka awak ni? Awak baru putus cinta ke?"

Gua terkesima. Tak ada tanggapan lain ke macam "awak pakai garnier ke?" / "awak masuk spa ke?". Kakaka itu melebih tu. Lepas itu, sifu BI gua pula yang tegur..

"Qurnia, Why your face looks different?"

Alamak dah dua orang perasan. Gua pun cover dengan bagi alasan gua tak sihat. Memang menyusun ayat dalam english gua masa tu. Kakaka. But akhirnya memang betei apa yang dikatakan itu. Mak gua pun kata muka gua ni dah cengkung sikit. *tengok cermin jap* . Yelah beteilah semua tu. Gua tahun ni bizi sikit. Banyak tanggungjawab harus diselesaikan sampai makan pun tak terurus. Engko orang tak usah kesian, paling kurang menangis kat bahu gua. Kekeke.

Mental. Minggu ni gua stress. Stress dengan amanat dan tanggungjawab. Stress itu membunuh. Tapi bagus juga sebab latih mental untuk bertahan. Brainwash, kutuk,  caci, reject, maki hamun semuanya gua boleh hadam. Dah hadam jadilah nutrisi hati. 


Emosi. Dah tahu gua ni tengah stress, mestilah nak marah. Tapi gua lain. Ya gua memang lain. Gua tak marah tapi gua pendam marah gua tu dalam-dalam. Sampai ada yang tanya gua lepas gua kena maki hamun dengan seseorang, "Tak rasa marah ke tadi?". Cik kak.. Sabar itu menyeronokkan. Lagi seronok daripada mengekpresikan diri, mimik muka sambil menjerit perkataan yang tak sepatutnya. Faham tak? Tak faham? Samalah. Gua pun tak faham apa yang gua cuba sampaikan. Dah kena mesti faham. K..

P sepak S : Inilah kehidupan. Tak ada yang senang tanpa susah dahulu. Bila dah hadapi kesusahan nescaya dapatlah diatasi masalah lain. Sekian. Wasalam. Chalo Betey!


Monday 31 December 2012

Syarat Percintaan Di Sekolah


Lagi seminggu dua sekolah dah nak buka semula kan? Sedaplah budak sekolah, berapa lama memendam rindu dendam dengan pakwe/makwe sebab cuti sekolah lepas ni boleh jumpa semula kan? Boleh dating dekat kantin, dekat library, dekat padang, tunggu depan gate sekolah, balik jalan kaki sama-sama..Mesti feeling macam filem Sembilu kan? Haah, Sembilu tengkorok lu! 

Gua tahu ramai pembaca blog ni datang dari kalangan budak sekolah. Gua sebenarnya takde halangan pun kalau budak sekolah bercinta ni tapi ada dua tiga benda yang gua jadi tak berapa sedap hati. Satu, budak sekolah yang bercinta mengalahkan orang kerja kerajaan, dua, kemain lagi frust tertonggeng bila clash macamlah cinta dia yang paling abadi dan ketiga bercinta bagai tapi belajar bersepah.

Lu orang nak bercinta, lu orang bercintalah tapi gua ada beberapa syarat. Kalau lu orang boleh penuhi semua syarat ni maka teruskan lah percintaan lu orang, gua sendiri akan mendoakan berkekalan sampai ke jinjang pelamin.

Syarat pertama ialah selagi ada orang yang tua dari lu tapi masih single lu orang tak boleh bercinta. Paham tak? Orang-orang ni merangkumi semua individu yang ada kat kawasan sekolah, tak kisahlah cikgu ke pengetua ke tukang kebun ke jaga sekolah ke abang kantin ke asalkan diaorang tak kahwin lagi lu orang tak boleh bercinta. Sebabnya senang je, jagalah sikit perasaan diaorang tu, diaorang yang tua dari lu orang pun single lagi, ni lu orang kemain lagi tayang percintaan depan diaorang. Apa ingat diaorang tak terluka ke?

Syarat kedua ialah jangan bercinta kalau lu orang tak dapat A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Pengetahuan Agama Islam dan Sejarah. Kalau nak bercinta ayat kena power, macam mana nak faham lirik lagu omputih yang makwe kasi kalau lu bongok BI? Bahasa Melayu tu pulak adalah alat komunikasi dalam percintaan, kalau Bahasa Melayu lu pun tunggang langgang, ada hati lagi nak bercinta? Sains pun lu orang kena skor A jugak sebab kalau power sains barulah tahu pasal anatomi badan manusia jadi takdelah lu buat benda pelik-pelik dan bukan-bukan. Subjek agama pun cukup-cukup markah macam mana nak jawab kalau bapak makwe tanya apa beza idgham bila ghunnah dengan idgham maal ghunnah nanti? Sejarah pulak sebab..err..sebab..err..sebab gua minat subjek Sejarah..ikut gua la ye dak? Kahkahkah. Kalau semua subjek ni dapat A baru boleh bercinta..

Syarat ketiga ialah jangan SERIUS kalau nak bercinta sekalipun. Anggap je lu orang bercinta sebab fun dan nak mendapatkan pengalaman. Jadi bila lu orang clash takdelah lu orang rasa rabak apa semua bagai. Kalau rabak pun takla sampai nak telan panadol 5 papan ke terjun bangunan ke, buruk sangat kalau budak sekolah buat perangai camni. Ok, bukan budak sekolah je, sebenarnya budak umur 50 tahun pun still nampak buruk kalau buat kerja bangang ni. Jadi kalau lepas ni ada budak lelaki nak tackle lu, kabor je ke dia, "boleh je nak bercinta tapi jangan serius sampai nak reka-reka nama anak, pikir-pikir pasal kaler pelamin boleh?".

Syarat keempat dan yang terakhir, mintak persetujuan mak bapak lu orang. Cakap je ke ayah/mak lu orang, "agak-agak kalau orang bercinta, abah kasi tak?". Kalau mak bapak lu orang bersetuju, gua sebagai orang luar takkan masuk campur. Tapi kalau mak abah lu kabor, "lipat baju pun tak pandai, pergi kedai pun liat ada hati nak bercinta!" lu orang faham-faham sendiri je la.

Mudah kan syarat-syarat gua? Gua rasa gua takdela kasi syarat-syarat yang kejam pun. Syarat pertama gua hadkan individu yang lagi tua dalam kawasan sekolah je, bukan dalam daerah lu. Syarat kedua gua tak letak subjek susah-susah macam Add Math ke, Fizik ke, Prinsip Akaun ke, semua subjek basic je gua kasi. Syarat ke tiga pulak ialah untuk mengelakkan lu tak menyesal lu buat kerja bangang macam lagi banyak menangis dari baca buku. Syarat ke empat ialah takde orang yang lebih faham tentang lu dari ibu bapa lu sendiri.

Jadi semua faham kan? Tapi kalau ada yang pesen degil mengalahkan anak askar dan still nak bercinta tanpa penuhi syarat gua kasi takpelah, gua harap percintaan lu orang berjaya dan semoga lu tak menyesal di hari tua nanti. Akhir kata dari gua, selamat kembali ke sekolah! Jangan lupa kapur kasut!

P rindukan S: Ni gua rembat dari hasil penulisan Brader Leplep kat Terfaktab tu. Ni gua saja je nak Up kan balik entri ni kasi engko orang tahu. Gua malas nak tulis entri, tu yang copy je terus. Kikiki. Hello 2013! Bye 2012~