Thursday 12 September 2013

Surat Untuk Bakal Bekas Kekasih

Assalamualaikum,
Hai awak!
Tengah buat apa tu?
Dah makan?
How's your day? Okay ke tak?
Kalau semua okay, Alhamdulillah.

Awak,
Ketika ini kita bagaikan sepasang merpati 

yang terbang bersama,mungkin suatu masa ada antara kita 
akan patah sayap dan jatuh bergelandangan,
Maksud saya, mungkin kita berdua ini tiada jodoh lah,
Maka itulah tujuan saya tulis surat ini, sebagai penguat semangat,
Saya saja je tulis surat ini dalam bentuk entri, awak tak boleh bakar dan tak ingat.

Awak,
Awan putih bisa menjadi mendung,
Orang gembira boleh jadi murung,
Begitu juga hati dan perasaan,
Mana tahu suatu masa perasaan ini lenyap secara tiba-tiba,
Tapi janganlah anggap ia suatu bala.

Percayalah, ini semua kehendak Tuhan.

Ketentuan Tuhan kita tidak boleh bantah, protes mahupun bangkang.
Dan awak janganlah terus jadi berwajah garang.

Apa yang sudah berlaku, biarlah ia berlaku,
Gapailah masa depan dengan erat,
jika terlepas, refresh semula entri ini dan baca dari perenggan pertama
Nescaya tanpa saya, awak boleh jadi kuat.

Awak,
Saya harap awak boleh neutralkan diri awak tanpa saya,
biasakan diri tanpa text sweet sweet dari saya tengah malam buta,
hapuskan gema suara saya ketika otp malam buta.

Saya sedar, kita dibutakan oleh cinta.

Mungkin cinta sahaja tidak cukup,
Mungkin imagin raut wajah comel awak tidak cukup,
Mungkin terdengar kelunakan suara lembut awak dalam telefon tidak cukup,
Mungkin mengigau pasal awak pun tidak cukup.
Mungkin apa yang dilihat cukup dirasakan tidak cukup.

Pandai juga saya bermadah ya?
Terasa diri saya begitu genius.

Awak,
Jika kisah kita berdua ini berakhir,
dan saya ini macam tak ambil peduli pasal awak,
percayalah, saya peduli,
Apa orang lain kata, saya tak ambil peduli.

Saya cuma tidak mahu mengganggu,
mengganggu emosi dan peribadi,
tidak mahu menunggu,

Cukup sekadar awak bahagia dan happy.

Bercinta ini perlu seri,
Bukannya hamun memaki,
Perlu terang dan mengukir memori.

Seandainya saya tak mampu miliki awak,
maka saya terima kelemahan pada diri saya,
Seandainya awak tak mampu miliki saya,
Apa boleh buat, awak dah sia-siakan saya macam tu je.

Kalakian, mata saya berkaca,
rasa bagaikan air yang melimpah di tebing tasik,
biasalah lelaki, bab cover perasaan ni memang power.

Pada saya, kalau awak bahagia, saya pun bahagia,
Jika pada realitinya bahagia itu bukan bersama saya,
Tapi saya tetap bahagia melihat awak bahagia,
Rabak itu tidak dinafikan, sikit,

cuma kena jahit balik sikit demi sedikit.

Awak,
Sudahlah,
kesat air mata awak dan terus bangun dari mimpi,
lihat ke hadapan dan tetapkan matlamat diri,
gerenti awak tak pisang hakiki.

Akhir kata, selamat maju jaya ujar saya secara lantang,
Semoga cinta itu ada ruang,
semoga cinta itu ada peluang,

andai semuanya dibuang,
Jangan pernah berhenti berjuang.

Salam sayang buat kekasih yang dulunya manis kini menjadi ikan kerisi 3 rasa.


*Surat ini sah jika saya ada kekasih dan status awak sekarang jadi bekas kekasih lah. Kalau tidak, anggaplah saya menaip secara separa sedar. Kekeke


Diadaptasi dari entri Brader Leplep dalam blog Terfaktab. 2013




No comments:

Post a Comment