Bulan Disember ni gua rasa cepat. Rasa macam 24 jam yang diberikan Yang Maha Esa tidak mencukupi sampai gua terpaksa melanggar lumrah alam. Engko orang tahu melanggar lumrah alam tu acaner? Macam ni, sepatutnya gua tidur area pukul 10-12 malam, tapi gua tidur pukul 3-4 pagi. Macam gua ni kerja kfc balik waktu closing pula. Kakaka.
Bulan Disember ni gua rasa serabut. Serabut nak siapkan folio kimia yang sepatutnya gua siapkan sebelum cuti sekolah tapi deadline 15 Disember. Kekeke. Alhamdulillah 14 Disember gua hantar kat pejabat sekolah. Faking betei bila hantar last minute. Tapi gua yakin mesti budak kelas gua ada yang belum hantar folio tu. Hehehe.
Bulan Disember ni gua rasa beruntung. Ada juga cikgu nak tumpangkan gua balik dari sekolah masa hantar folio tu sampai ke rumah gua. Terima kasih cikgu. Cikgu tu feveret gua. Subjek yang cikgu tu ajar pun gua feveret gila. Kakaka. Semoga cikgu tu selamat bersalin bulan Januari ni. Insya Allah. Lagi satu, gua menang satu contest ada sorang brader ni buat kat fesbuk. Hadiahnya cuma beg nike je. Alhamdulillah.
Bulan Disember ni gua rasa rahmat Illahi. Hujan bulan dua belas ni makin lebat dan makin kerap. Kan hujan itu rahmat. Pagi petang siang malam hujan je sampai baju gua tak kering kering dibuatnya. Takpalah. Daripada kemarau.
Bulan Disember ni gua rasa penat. Sebab kenapa gua penat, sebab bulan ni dah mula training bola kat padang tempat gua. Sebenarnya dari bulan lepas tapi bulan ni ada challenge sikit. Siap dengan match friendly nya sekali sampai team gua kalah tipis 2-1 dengan budak larkin mana ntah. Aiyaaaaa!
Bulan Disember ni gua rasa banyak kontroversi. Banyak, sebab tu gua dah malas nak taip sebab kontroversi tu buang masa je. Tiada faedah lagi lagha (baca:sia-sia). Karang gua tulis memang jadi ensiklopedia entri ni. Kakaka.
P to the / to the S to the : Engko orang kenal Farizal Marlias? Dia tu takda kena mengena dengan gua pun. Keh keh keh.
SMKIE kene hantar masa cuti juga ea? haha
ReplyDeleteHa'ah, kelas nilam dengan berlian yang kena hantar masa cuti. Kacau je orang nak holiday. Huhu
ReplyDelete