Minggu lepas gua ada jumpa balik member baik gua masa kat sekolah dulu, nama dia A *memang nama sebenar tapi gua kasi huruf depan je bior saspen*. Kakaka. Pastu dia kabor kat gua yang relesyenship dia dengan makwe dia dah musnah beberapa puluh jam yang lepas. Kira masih pisang goreng panas ler ni.
Memang kalau member atau sape-sape lah yang ada masalah pastu nak luahkan kat gua, gua akan sedaya upaya jadi pendengar yang peka dan baik. Tapi takde lah macam sesetengah spesies tu yang bila dengar benda cenggini terus jadi mulut tempayan. Semua orang dia nak kabor, baik tak payah jadi pendengar cenggitu. Okay berhenti membebel. Yang pasal member gua si A ni, dia kena putus dengan makwe dia, maksud gua makwe dia yang putuskan relesyenship tu. Memang sedih gua dengar. Mana taknya, hubungan dia orang hampir 2 tahun terjalin, pastu pulak si A ni lah yang paling setia walaupun dah pindah sekolah tapi masih contact pastu jumpa even dah berlainan tempat pengajian. Siap berkorban masa dan tenaga untuk makwe dia agar dapat buktikan cinta dia terhadap makwe dia still utuh macam piramid si firaun bertapa. Gua tak kata yang makwe dia ni jenis yang sambil lewa dalam relesyenship tapi engko orang tak rasa kejam ke bila sesebuah kisah cinta yang sudah lama terbina di putuskan begitu sahaja tanpa ada sebarang penjelasan yang kukuh?
Dulu gua tengok relesyenship dia orang berdua ni memang hebat, sweet je macam orang berkahwin tapi takdelah sampai nak advanced macam orang dah kahwin. Kalau betei memang kesialan. Siap naik motor sama-sama pergi dating. Fuhh gua jeles juga ni. Kakaka. Tapi tu lah, macam mak gua kabor, "masa akan mengubah segalanya". Sekarang si A dah teramat pisang (baca: jiwa kacau). Sebagai member baik yang pernah ada pengalaman situasi macam tu, gua cakap " sabarlah bro, dah takdir Allah, nak buat macam mana, engko redha jelah dengan apa yang berlaku". Jelas kelihatan riak wajah member gua yang amat terkilan.
Pastu gua kabor lagi, "engko baik, engko ada rupa, engko pandai layan perempuan, yang dah tak hingin kat engko tu baik engko lupakan, macam orang tua cakap "bunga bukan sekuntum". Pastu dia kabor yang dia malas nak fikir lagi hal tu. Okay gua faham perasaan dia. Gua pun dulu macam tu juga, malas dah nak fikir, makin memeningkan kepala ada lah. Tapi yang gua respect pasal lelaki ni, mereka takkan anggap wanita "ahh sume pompuan same je!". Semua mereka tahu suatu masa nanti wanita juga yang dicari bukannya pondan.
Jadi, memang perit rasanya bila diputuskan dan rasa bersalah juga bila memutuskan. Yang diputuskan akan berasa sedih manakala yang memutuskan akan sentiasa mempersoalkan kembali keputusan itu dalam fikirannya. Gua pernah rasa dua dua benda alah tu. Pehh tengok kat samarinda macam sonang, sekali dalam realiti memang pedih woo. Lagi lagi yang dah lebih 10 tahun couple. Eh ada ke? Setahu gua Chong Wei dengan Mew Choo je, 11 tahun tuuu. Tapi dah diijabkabulkan awal bulan ni. Kakaka.
P flying kick S : Persetankan ayat "Cinta Yang Dicari Pasti Akan Pergi,Cinta Yang Datang Pasti Akan Kekal Abadi". Kalau dah jadi andartu engko orang masih berpegang pada ayat ni?
No comments:
Post a Comment