Hari tu gua ada terjumpa dengan sorang kutu ni. Dia ajak gua melepak dengan golongan yang berminat atau pro tentang surfing. Jadi gua sebagai Pemuda Harapan Bangsa mestilah join anak anak muda ni bior orang tak fikir gua ni kodok di bawah tempurung otak. Yang negatif tu gua elakkan supaya diri gua tak dicemari dengan budaya budaya yang mak gua tak pernah ajar kat gua.
Seperti yang gua jangka, aktiviti melepak dipenuhi dengan hikayat dan lagenda mengenai bidang surfing ini. Gua dengan teh aisnya mendengar kabor mamat mamat ni dan bersedia mengangguk tanda faham. Dalam firasat gua "Surfing pun surfinglah, asalkan gua ni tak dipinggirkan masyarakat".
Salah sorang mamat ni sibuk kabor tentang dia pernah surfing kat ombak tinggi 5 kaki. Siapa yang tak tercabar bila hal ketinggian ombak menjadi topik perbualan utama. Yang tak mahu mengalah cerita tentang ombak 15 kaki dan laut kat Australia tu. Yang lagi taknak mengalah dia pernah surfing masa tsunami. Gua cuma mengangguk tanda kagum dan dalam firasat gua ada mengatakan "Takde pula yang kabor surfing kat ombak rindu".
Sorang brader yang berambut dreadlock gaya ala-ala penyanyi reggae Salam secara tiba-tiba berdiri atas kerusi lalu melakukan aksi surfing. Budak budak yang baru nak berkecimpung dalam surfing ni bertepuk tangan dan menunjukkan muka yang teramat kagum. Eleh, entah ye ye hebat ke tidak, sekali berbual je. Siapa tahu. Firasat gua sekali lagi ada mengatakan iatu "Jangan nak 3D sangatlah".
Habis saja segmen 3D itu tadi, brader tu tanya gua, "kau pulak surfing kt mana?" Gua mengangkat kepala sambil tersenyum ala-ala Zayn Malik.
"Kadang-kadang saya surfing kat CC bang kalau wifi lupa nak bayar tapi biasanya kat rumah sebab ada broadband P1 4G baru langgan bulan lepas, kalau bukak youtube takde buffering langsung". Jawab gua secara spontan dan yakin.
Semua brader tengok gua pastu terus tukar topik sembang.
No comments:
Post a Comment