Tuesday, 8 November 2011

FlashBack: Perkhemahan KRS Peringkat Negeri Johor 2011 [Part 4] #Finale

| Bismillahirahmanirahim, Asalamualaikum and selamat hari raya korban | bertemu kita lagi dalam post aku yang terbaru ini. hmmm...hari ke -4..hari dimana semua kadet sudah dapat menyesuaikan diri dengan kem tersebut dan juga merupakan hari terakhir kem KRS ini berlangsung... feeling semacam jer [???]

ok, hari tuh rase fresh bile bangun pagi [5.30 a.m]. bilik air pun tak ramai org. biaselah org dh biase tido dlm kem akan melebihkan durasi dan tempoh mencetak peta..hua hua!. Solat Subuh  then pi makan kat kantin. tapi hati mase tuh tak best sebab TAG PESERTA aku hilang tercicir ntah kemana.. [careless]. tapi syukur alhamdulilah ke hadrat illahi, rakan sedaerah juga budak skola aku , ZARUL ntah mane die dapat die bagi aku balik tag tuh...rase berbunga dalam hati..haha!



Pagi tuh buat Rehearsal majlis Penutup perkhemahan. alhamdulillah rehearsal berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.


Credit To: Nur Ain Arifin [for the picture] :-)


Dalam pukul 8.50 pagi [x silap aku]..suma kadet habis rehearsal dan balik ke khemah masing-masing utk menukar pakaian kepada pakaian Uniform KRS. pagi tuh jugakla Cikgu Farihan [cikgu ensem] bagi But kawad kaki. dh kol 9.00 pg sume dh ready kat depan astaka, segak dan anggun [hehe] berpakaian Uniform KRS...tp aq punye uniform lembab ...T_T

next, berdirlah sume kadet menunggu Pengarah Pelajaran Johor, YB En. Mohd Nor Bin A.Ghani. :


setelah beberapa minit menunggu, akhirnya tiba juga orang ni...and then buat ape yang dirancang ikut rehearsal tadi [protokol dlm majlis]...ahh~ aku nak buat hypothesis: 

"Semakin Lama YB Berucap ,Semakin Banyak Kadet Akan Tumbang Ke Bumi" [bukan C4 ler...]

pehh..wa ckp sama lu.. ramai yang pitam.. awak tau tak saya yang masih newbie / NOOBita dlm keadaan macam ni pun bole tahan lagi.[ayat macam budak kerek jer..-__-]...aku tengok sume budak akan mengeluh bile YB kata.." tuan puan dan hadirin sekalian"...dlm fikiran diorg.."bila nak abis nih"...HAHA!. Tapi aku ingat Ayah aku sebagai inspirasi aku mase bertahan dalam majlis tu daripada pitam tak tentu pasal. 

Tapi sebelum YB berucap, ada pemberian hadiah. Daerah Johor Bahru dapat Anugerah Kerjasama Terbaik.
yeah!. Riak pulak aku ni.

Ok, selepas majlis tu tamat, [emo lak] ade yang suka / duka / sedih / pilu / happy / kecewa dan sewaktu dengannya kerana kem tu telah tamat dengan jayanya. lepas tu, sesi bergambar bersama Kadet daerah. cuaca time tu hujan sedikit. tapi ia tidak mematahkan semangat kiteorg utk ENJOICE selepas kem tu tamat. ada yang main gitar, mintak nama Facebook, mintak nombor [T_T], dll.

Pastu, sume kadet ade yang dah balik. aku lambat sikit sebab bas dtg lambat. hmm dudukla dgn kadet-kadet yang lain. 

sampai je bas, perasaan sedih menyelubungi hatiku ini...rasa berat hati untuk meninggalkan Pusat Kokurikulum Kota Tinggi yang menyimpan seribu cerita, kenangan dan memori yang bernilai bersama kadet KRS yang lain. namun setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Syabas kepada para Pegawai KRS, guru2 pengiring, tuan-tuan dan puan-puan serta krew kantin skola kerana memberikan yang teerbaik! kepada semua kadet dalam menjayakan program yang serius best ini.

credit to: Nur Ain Arifin 


Dalam bas lain citer plak, ofcos la sume dh kenal kan...memang sakan ar dalam bas tuh...macam-macam suara dlm bas tu...Time Kadet perempuan SMK tmn U turun dari bas bile dh sampai skola, jelas kelihatan wajah kesedihan kadet SMKIE terpancar kerana rasa keseronokan itu sudah hilang. Dalam bas menuju ke SMKIE, aku tengok sume senyap je. macam org frust menonggeng..haha!

Orait guys, setakat sini sajelah coretan aku pasal Kem KRS peringkat negeri Johor ni. Ampun dan maaf ku pinta jika terdapat sebarang kesilapan yang aku lakukan ataupun kesilapan yang agak sensitif dalam post ini dan sebelumnya. harap dapat berjumpa dengan korang jika ada kesempatan dan keep in touch even in Facebook..haha!

| Assalamualaikum | Semoga Dapat Berjumpa Lagi | Adios Krempes! |

No comments:

Post a Comment