Bismillahirahmanirahim, as'kum hari ni dlm 1st post aq, aq nak citer and flashback story pasal kem KRS peringkat negeri kat Kota Tinggi aka Kota Johor Lama aka Kampung Johor Kampong aka Pusat Kokurikulum Johor cawangan Kota Tinggi. panjang rasenye nih...
ok,sume gambar yg aq letak bukan suasana yg betul, cuma bekground je yang betul,orangnya pun lain...hehe...
ok hari pertama aku dan dak2 jb seramai 35 org kot dari skola smk impian emas, smk taman universiti, smk tasek utara ngan smk skudai baru dgn bergaya smbil bawak beg pakaian turun dari bas. sblum tu masa perjalanan agak lama syukur alhamdulilah selamat sampai. lepas turun bas kena beratur aka kawad kaki[??] kat tempat tar.[rujuk gambar]. suddenly ade sorang tuan pegawai terus bagi arahan komander... garang siot...rase nak balik rumah pun ade. memang strict wa ckp sama lu. pastu register dan amik pinggan cawan dan sudu. time tu sume bende nk buat rase serba salah kecuali bila diarahkan.
after that kiteorang pegi pasang khemah. we all dapat tapak no.3. strategik gak la sebab kat tengah-tengah padang then senang keluar masuk kawasan kem.dh siap suma kiterg gi makan, solat pastu siapkan diri utk aktiviti waktu mlm nanti.
kat situ sume pegawai krs aka tuan/puan memang menitikberatkan masa. malam tuh kiteorg kadet lelaki solat maghrib ngan isyak kat Masjid Kampung Johor Kampong. After that buat Ice breaking [bukan buat A.B.C] sesi suaikenal. we all dibahagikan kpd beberapa kumpulan,pastu lantik penghulu / penghuluwati..betul ker aku tulis nih..time tu aq satu grup ngan Farhan aka Alang dan Najmi aka Cho. habis aktiviti tu terus gi makan kat kantin SK KAMPUNG JOHOR KAMPONG. | credit to makcik and pakcik kantin sebab sediakan makanan yang sedap...chaiyokk | malam tu sume kadet..chewahh..dibenarkan tidur dlm pukul 11 malam. dan malam tu memang tak mcm malam. memekak jer. aku nak tidur pun susah. budak laki yg lain bising giler. Macam burung hantu lak aktif waktu malam. nyanyi la, jerit la, ckp nonsense la. alhamdulilah aku dpt tidur dlam pkul 11.30 mlm cm tu la.
ok aq stop dulu sbab terlaku panjang...story nih aku sambung post akan dtg. Part 2 plak.. As'kum!
Bersambung..... [chewaahh!]


No comments:
Post a Comment